Thursday, January 6, 2011

period pain = SENGGUGUT

hah kalau tgk title kt atas tu, sumer perempuan kt alam semesta ni pernah alami kan? so do i. hari ni adalah 1st day sy "peot". sy & kwn2 gelar menses ni as "peot" or "red lite". sumpah sy cakap yg tiap2 bulan sy akan kena period pain ni. sakit dia hanya tuhan jela yg tahu. mak-mak kata, sakit senggugut ni lebih kurang mcm sakit org nak beranak. betul atau tidak sy pun x pasti sebab sy belum pernah merasa sakit nk beranak tu. hihi (lgpun sy belum kawin ape nk rasa sakit beranak tu mcm mana).

bila kata dah kena senggugut ni, ape keje yg kita nk buat sumer x kena. mcm yg sy alami sekarang ni la. pagi2 sy dh call setiap department utk tanya kalau2 diorang ada "pain killer" utk tahan sakit ni. unfortunately sumer xde simpan pil tu. so dgn muka yg ala2 nk mintak cuti ni, sy pun telan sebijik panadol ACTIFAST. kalau dah nama pn ACTIFAST, selang beberapa minit, rasa sakit senggugut dah mula hilang sikit demi sedikit.

ok sekarang sy nak share sikit apa makna senggugut & bagaimana cara2 nak merawat :)

Apa Itu Senggugut?
Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).
Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.


No comments:

Post a Comment